Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESSCOM Tahan 13 PATI, Rampas 5 Pump Boat dan 1 Enjin Di Perairan Semporna

9:34pm 04/08/2016 Pak Roshan 361 views Jenayah,Mutakhir
ANTARA  PATI yang ditahan dalam operasi khas Op Gasak Laut (OGL)  semalam,

ANTARA PATI yang ditahan dalam operasi khas Op Gasak Laut (OGL) semalam

SEMPORNA (3 Ogos) – Seramai 13 individu disyaki pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam satu operasi khas Op Gasak Laut (OGL) yang diselaraskan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) di Pondohan perairan Pulau Silungun, dekat sini, semalam.

Komander ESSCOM DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata operasi yang bermula dari jam 2.30 petang hingga jam 8.30 malam itu telah terserempak dengan beberapa buah bot dan memeriksa seramai 33 individu.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut, mendapati seramai 13 individu disyaki PATI berusia dalam lingkungan 16 hingga 55 tahun. telah ditahan kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

“kesemua yang ditahan adalah warga Filipina. Mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah atau memiliki dokumen pengenalan diri yang meragukan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Sekyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Mereka kini ditahan di pusat tahanan sementara untuk tujuan dokumentasi sebelum dihantar pulang ke negara asal mereka, katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata operasi Gasak laut yang telah dilancarkan ESSCOM merupakan sebahagian daripada langkah drastik yang telah diambil bagi mengekang kejadian penculikan yang mensasarkan Tug bot dan pengusaha perikanan laut dalam untuk dijadikan tebusan.

“ESSCOM akan memperketatkan lagi kawalan keselamatan di perairan pantai timur Sabah khususnya di kawasan- kawasan yang disyaki menjadi sasaran penjenyah rentas sempadan”.

“Saya meminta kepada semua pengusaha bot laut dalam di kawasan timur sabah supaya mematuhi arahan Polis memasang Automatic Identification System (AIS) bagi memudahkan pasukan keselamatan memantau dan mengesan pergerakan bot dan dapat bertindak dengan cepat sekiranya ada insiden tidak diingini berlaku”.

“Krew-krew bot tunda juga perlu peka dengan keadaan persekitaran dan jangan leka. Sekiranya mengesan ada individu yang mencurigakan menghampiri bot anda, sila lapor terus kepada pusat Operasi ESSCOM untuk tindakan penguatkuasaan dan pemintasan”, katanya.

Wan Abdul Bari turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang terlibat seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang telah menjayakan operasi berkenaan. –  Esscom.gov.my

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan