Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,650

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Esscom Tahan 12 Pati Ketika Cuba Memasuki Negara Ini Secara Haram

3:04pm 07/08/2016 Pak Roshan 702 views Jenayah,Mutakhir
Foto by :  Esscom Times

Gambar Hiasan – Foto by : Esscom Times

LAHAD DATU : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menahan 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina termasuk lima kanak-kanak ketika cuba memasuki negara ini secara haram melalui pantai Tanjang Labian, dekat sini, malam tadi.

Komander Esscom DCP Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berkata kesemua PATI berkenaan ditahan kira-kira 12.15 malam tadi di kawasan pantai oleh sepasukan anggota Esscom yang membuat rondaan Op Taring di kawasan berkenaan selepas menerima maklumat awam.

Katanya ketika ditahan, kesemua PATI berkenaan bersembunyi di dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan sebuah kereta jenis Proton Iswara.

“Pemeriksaan lanjut ke atas kenderaan berkenaan, mereka menemui 11 PATI termasuk lima kanak-kanak, yang berumur lingkungan satu hingga 52 tahun sedang bersembunyi di dalam kenderaan berkenaan.

“Kesemua pendatang warga Filipina itu baru sampai dari negara berkenaan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Wan Abdul Bari berkata bot yang digunakan untuk mendaratkan PATI melarikan diri setelah menyedari kehadiran pasukan keselamatan.

“Pasukan keselamatan turut menahan empat tekong darat warga tempatan dan seorang warga Indonesia untuk siasatan lanjut,” katanya.

Wan Abdul Bari berkata PATI berkenaan ditahan mengikut Akta Imigresen 1959/1963 (Pindaan 2002) serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan mereka diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

“Esscom akan mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi membendung dan membanteras kemasukan PATI yang menggunakan jalan laut untuk memasuki negara ini secara haram”, katanya.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan