Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Esscom, SPRM bakal laksana operasi banteras `musuh dalam selimut’

Hashim Justin. - foto Monica Gidong / SayangSabah
Hashim Justin. – foto Monica Gidong / SayangSabah

PITAS – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan melancarkanoperasi besar-besaran tidak lama lagi bagi membanteras masalah integriti dalam kalangan kakitangan awam, khususnya yang bertugas di bahagian penguatkuasaan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Timbalan Pengarah Perisikan Esscome, Asisten Komisioner Hashim Justin berkata, pihaknya memandang serius masalah itu dan bertekad untuk membersihkan jentera awam bahagian penguatkuasaan di Esszone daripada masalah integriti.

“Esscom kini berdepan dua ancaman keselamatan iaitu ancaman yang datang dari luar dan ancaman dari dalam. Ancaman yang kita hadapi dari dalam bukan sahaja kalangan pendatang tanpa izin (PATI) yang menjadi tali barut penceroboh bersenjata dan penjenayah rentas sempadan tetapi juga ‘musuh dalam selimut’ yang terdiri daripada kakitangan am (penguatkuasa) yang terlibat dengan amalan rasuah dan salah laku memudahcara kemasukan PATI dan aktiviti penyeludupan di Esszone,” katanya.

Hashim berkata demikian ketika menyampaikan ceramah keselamatan dalam majlis berbuka puasa anjuran Esscom di Masjid Pangiran Haji Abdul Karim, Kampung Kalumpang, dekat sini malam. Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Ruji Ubi dan Pengarah Pusat Operasinya, Brig. Jen. Datuk  Tuan Roslan Tuan Ismail.

Hashim berkata, perkara itu telah dibawa dan dibincangkan di peringkat tinggi dan Esscom bersama SPRM telah bersetuju untuk melancarkan operasi itu. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan