Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Esscom Sedia Bantu SESB Tangani Masalah Pendawaian Haram Di ESSzone

sesb

LAHAD DATU : Pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) sedia membantu dan bekerjasama dengan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) serta agensi penguatkuasa lain bagi menangani masalah penyambungan bekalan elektrik haram di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi berkata pihaknya sentiasa bersedia menghulurkan bantuan yang diperlukan, terutamanya daripada segi kawalan keselamatan semasa operasi mengesan penyambungan elektrik haram dijalankan.

“Esscom tidak lari daripada tanggungjawab membantu rakyat dalam apa jua perkara yang diperlukan, sebelum ini, SESB juga dijemput menyertai operasi bersepadu memburu pendatang asing tanpa izin yang dilaksanakan di enam daerah Esszone,” katanya dalam satu kenyataan di sini Rabu.

Isnin lepas, seorang pegawai bomba, Apolos Jeromos, 25, terkorban akibat renjatan elektrik disebabkan penyambungan haram ketika terlibat dalam operasi memadam kebakaran api belukar di Taman Kenari, Batu 7, Sandakan.

Pendawaian haram itu dipercayai untuk kegunaan sekelompok rumah setinggan terpencil sekitar belukar itu.

Semalam, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Pauzi meminta agar tindakan diambil bagi memastikan insiden itu tidak berulang dan kematian mendiang Jeromos mendapat pembelaan sewajarnya.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan