Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ESSCOM SASAR CAPAI UNJURAN 80 PERATUS INDEKS AKAUNTABILITI

Foto Ihsan Esscom
Foto Ihsan Esscom

TAWAU, 9 Jan : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menyasarkan unjuran 80 peratus Indeks Akauntabiliti bagi pengurusan kewangan tahun ini.

Pengarah Awam Esscom, Ruji Ubi berkata walaupun organisasi Esscom baru ditubuhkan, namun kakitangan yang ditempatkan di situ, khususnya bahagian awam mempunyai kemahiran dan pengalaman tertentu di tempat kerja lama.

Beliau yakin kemahiran dan pengalaman itu mampu menambah baik sistem dan prosedur pengurusan kewangan Esscom yang dipertanggungjawab menyelaras operasi pelbagai agensi keselamatan dan pertahanan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

“Kami yakin mampu mencapai sasaran ini hasil kerjasama dan kesepakatan anggota dalam Esscom tanpa mengira sama ada mereka dari bahagian awam atau pun bahagian keselamatan.

“Sebab itu, kami adakan perbincangan mengenai pengurusan fail meja dan sasaran kerja tahunan (SKT) setiap unit di Esscom dalam usaha memantapkan tugas dan peranan setiap unit terbabit,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Program Retreat Bahagian Awam Esscom di sini hari ini.

Ruji berkata sistem prosedur kerja yang lebih baik juga mampu mengurangkan teguran audit yang boleh menjejaskan imej dan akauntabiliti Esscom.

Esscom yang merangkumi 10 daerah dari Kudat ke Tawau, diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu pada tahun yang sama.– BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan