Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Esscom sambut baik pembinaan dua PTS

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi
Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi

KOTA KINABALU- Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mengalu-alukan pembinaan dua lagi pusat tahanan sementara (PTS) di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi berkata, tambahan PTS itu mampu menampung bilangan tahanan PATI yang lebih ramai, sekali gus membantu menyegerakan proses penghantaran pulang PATI ke negara asal mereka.

Esscom memang memerlukan kemudahan ini bagi memudahkan kita memperhebatkan operasi bersepadu membanteras PATI secara berterusan di Esszone. Ini kerana pusat tahanan sementara sedia ada di Tawau, Sandakan dan Kota Kinabalu hanya dapat menampung sekitar 6,000 hingga 8,000 PATI pada satu-satu masa…inilah kekangan kita.

Pihak Esscom mengalu-alukan tambahan ini, dan saya yakin ia akan dapat membantu menangani masalah pendatang tanpa izin dengan lebih berkesan, khususnya di Esszone,” katanya ketika ditemui selepas Kursus Perdana Haji Peringkat Sabah (Zon Pantai Barat) yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri SabahTun Juhar Mahiruddin di Masjid Universiti Malaysia Sabah, di sini, kelmarin.

Ruji berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi bahawa dua lagi PTS bernilai RM50 juta akan dibina di Tawau dan Lahad Datu.

Ahmad Zahid dipetik sebagai berkata keputusan itu antara yang dicapai dalam mesyuarat Jawatankuasa Induk Pengurusan Warga Asing di Sabah pada Jumaat, selepas memperhalusi cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu pendatang asing di negeri ini.

Ruji berkata Esscom bersama agensi penguatkuasa kerajaan negeri dan Persekutuan yang lain akan terus melipatgandakan usaha untuk mengekang kemasukan dan memburu PATI di Esszone.- Oleh Monica Gidong / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan