Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESSCOM perlu tegas tangani aduan salah laku pemimpin ESSZONE

7:24pm 01/11/2015 Ann Vivien 41 views Jenayah,Tempatan

esszone2

TAWAU: Pendedahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) berhubung kewujudan pihak didapati terlibat salah laku dokumen sokongan memohon Mykad melibatkan warga asing perlu ditangani dengan serius dan tegas.

Yang Dipertua Persatuan Anak Tempatan Tanjung Batu Tawau, Juaini Buyong berkata, sekiranya aduan diterima, ESSCOM mesti menyiasat dan membawa pihak terlibat seperti Ketua Kampung atau Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) ke muka pengadilan.

“Perkara-perkara sebegini sudah lama didengar, namun kita ingin melihat ada tindakan undang-undang diambil ke atas mereka yang terlibat,” katanya di sini hari ini sebagai mengulas kenyataan Ketua Staff Pusat Operasi (PUSOP) ESSCOM, Brigadier Jeneral Dato’Md Rahim Mohamad di media massa.

Menurut Juaini, pendedahan tersebut amatlah dikesali sekiranya benar ada pemimpin komuniti, khususnya di Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) terlibat seperti didakwa.

“Sebagai pemimpin komuniti, tanggungjawab dan semangat patriotik yang tinggi amatlah diperlukan di kalangan mereka,” katanya Ahli Jawatankuasa Persatuan Bekas Tentera Malaysia Cawangan Tawau itu.-Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan