Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,690

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Esscom perlu rangka SOP ikut standard dan piawaian untuk pelihara keamanan di Esszone

5:58pm 24/08/2016 Leolerry Lajius 117 views Semporna,Tempatan

SEMPORNA: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) perlu menyediakan Prosedur Tetap Operasi (SOP) Kawasan Larangan mengikut piawaian dan Standard yang betul dalam usaha memelihara keamanan dan keselamatan di perairan berkenaan, kata Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Borhan Dolah

Ketika membuat seruan itu, beliau berkata ini penting bagi memudahkan semua pihak yang terlibat dalam pengisytiharan itu termasuk agensi penguatkuasa memahami tugas dan peranan masing-masing, sekaligus mengelak pertindihan tugas.

“Saya difahamkan ada pertindihan tugas dan peranan agensi persekutuan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang di kawasan ini”.

“Oleh itu, saya berharap agar melalui perbincangan ini semua perkara berkaitan perundangan dan bidang tugas agensi dapat dibincang secara teliti dan mendalam serta dapat diselaraskan dengan baik termasuk kebajikan penduduk setempat yang mempunyai geran tanah yang sudah lama mendiami kawasan ini”, katanya.

Borhan berkata demikian ketika merasmikan Bengkel Penyediaan SOP Kawasan Larangan bagi 11 pulau dan 2 terumbu Daerah Semporna, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM Noor Alam Khan A. Wahid Khan, Ketua Staf Penguatkuasaan Maritim ESSCOM Laksma Kamaruszaman Abu Hassan dan Pengarah Bahagian Tindakan Awam ESSCOM Rohiman Rahia.

Beliau berkata Pelaksanaan kawasan larangan itu perlu kerana dikhuatiri terdapat pihak tertentu yang menjadikan pulau-pulau berkenaan sebagai “staging points” melakukan jenayah rentas sempadan termasuk penculikan, penyeludupan dan kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Sehubungan itu, katanya secara perundangan, pengisytiharan itu akan memberi perlindungan yang maksimum kepada pulau-pulau yang menghadapi ancaman keselamatan.

Borhan berharap pengisytiharan itu tidak akan menjejaskan aktiviti sosioekonomi penduduk setempat termasuk aktiviti nelayan pantai, pengusaha rumpai laut dan pelancongan yang secara relatifnya memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negeri secara keseluruhannya.

Pada 13 Nov 2015 lalu, 11 buah pulau dan 2 terumbu telah diisytiharkan sebagai kawasan larangan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di bawah akta kawasan larangan (akta 298) no.17, tahun 2015 yang meliputi Pulau Sibuan, Gaya, Sibangkat, Bohey Dulang, Mantabuan, Selakan, Tetangan, Maiga, Kulapuan, Boheyan, Timba-Timba, Terumbu Sibangkat dan Terumbu Batura./SayangSabah

Borhan (tengah) mengambil gambar kenangan sempena program berkenaan.

Borhan (tengah) mengambil gambar kenangan sempena program berkenaan.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan