Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESSCom Perlu Perkasa Keupayaan Risikan Cegah Kes Culik

11:48pm 05/10/2016 Pak Roshan 247 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

esscom 2

SANDAKAN : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) perlu meningkatkan keupayaan risikan dan perkongsian maklumat bagi memastikan perairan negara tidak mudah dibolosi oleh penjenayah rentas sempadan.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Borhan Dolah berkata memandangkan Esscom tidak mempunyai kelengkapan aset yang canggih bagi mengawal perairan Zon Selamat Timur Sabah yang luas maka strategi yang lebih holistik diperlukan.

Menurutnya, dengan adanya pelan strategik yang tersusun serta sistem risikan yang baik maka tindakan penguatkuasaan yang lebih agresif dapat dilakukan bagi mengekang sebarang aktiviti penculikan daripada terus berlaku.

“Dengan adanya keupayaan risikan yang kukuh dan ampuh, saya yakin kita boleh melumpuhkan rangkaian penjenayah rentas sempadan dan kes-kes penculikan daripada terus berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Awam dan Penguatkuasaan di Majlis Perbandaran Sandakan, dekat sini, hari ini.

Borhan berkata setiap agensi penguat kuasa keselamatan juga perlu melihat semula prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan sedia ada agar masalah ketirisan tidak terus berlaku terutamanya di peringkat pelaksanaan.

Susulan tindakan pihak berkuasa Filipina terhadap kumpulan militan dan jenayah di selatan negara itu, katanya, Esscomm perlu memperketatkan kawalan bagi mengekang sebarang percubaan kumpulan itu daripada memasuki negara ini.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan