Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,746

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Esscom Perlu Jadikan Nelayan Golongan Sasar Untuk Dijaga

7:18pm 11/09/2016 Pak Roshan 395 views Mutakhir,Tawau,Tempatan

nelayan

TAWAU : Persatuan Gabungan Perikanan dan Kapal Nelayan Sabah mahu Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menjadikan nelayan sebagai golongan sasar perlu dijaga ekoran kekerapan kes penculikan membabitkan mereka.

Pengerusinya, Arsani Arsat berkata hanya dengan cara itu, Esscom dapat menangani masalah penculikan di perairan negara khususnya di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) yang meliputi daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

“Nelayan adalah sasaran penculik…kalau mereka (Esscom) jadikan sasaran untuk jaga nelayan pasti mereka boleh menangkap penculik…kerana penculik juga kerap mencari mangsanya yang tidak dikawal seperti nelayan,” katanya kepada Bernama di sini, hari Ahad.

Dalam pada itu, beliau yang juga Pengerusi Persatuan Perikanan Tawau turut menyarankan kepada Esscom agar dapat menjalankan rondaan sekurang-kurangnya dua kali dalam tempoh 24 jam terhadap bot-bot nelayan pada waktu malam.

“Mereka ini (penculik) mungkin mengintai nelayan dan menunggu peluang melakukan jenayah…apabila ada rondaan yang kerap terhadap nelayan mungkin peluang jenayah rentas sempadan untuk berlaku adalah tipis,” katanya lagi.

Arsani dalam pada itu turut menasihatkan nelayan di Esszone agar terus berhati-hati ketika berada di laut.

“Laut adalah tempat kita mencari makan, apapun yang terjadi di laut kita kena hadapi demi mencari sesuap nasi…kita tidak ada pilihan lain, tetapi kita boleh sentiasa berwaspada,” katanya lagi.

Komander Esscom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan menerima laporan pada pukul 2 pagi ini mengenai kes culik yang berlaku di perairan Pulau Pom Pom, Semporna, malam tadi.

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Rashid Harun mengesahkan tiga kru bot nelayan warga Filipina yang memiliki dokumen IMM13 dan surat banci dari Pasukan Petugas Khas telah diculik tujuh lelaki bersenjata.

Ketiga-tiga mangsa itu dikenali sebagai Loloi Alpin, 30, Sami, 30-an dan Masurin, 50-an diculik ketika menangkap ikan bersama 13 lagi kru lain di perairan tersebut kira-kira pukul 10.40 malam.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan