Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,503

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESSCOM PERLU DIMANTAPKAN DARI SEMUA SEGI

10:48pm 08/06/2014 Pak Roshan 58 views Nasional

esccom

SEMPORNA: Menteri Pertahanan Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein  mengakui bahawa rakyat Sabah mahu tindakan dan bukan setakat jaminan untuk pastikan Sabah sentiasa selamat dari sebarang ancaman jenayah merentas sempadan khususnya daripada Filipina Selatan.

Beliau berucap demikian dalam satu majlis pemimpin mesra rakyat sempena FIesta Taman Sawit di Balung Tawau semalam. Pada bulan Mac 2013, sekumpulan militan yang mengakui tentera kesultanan Sulu telah menceroboh  masuk ke KG Tanduo Lahad Datu dan menyebabkan terjadinya insiden pertempuran yang mengakibatkan beberapa kematian anggota pasukan keselamatan dan pasukan militan tersebut ini diikuti dengan kejadian yang belaku di Kg Sri Jaya Simunul Semporna dimana seramai 6 orang anggota pasukan keselamatan turut terkorban.

ESSCOM yang diwujudkan berikutan insiden pencerobohan tersebut bertujuan untuk memastikan kawasan pantai timur negeri sabah terhindar dari sebarang insiden seperti itu’ setakat ini telah berjaya mengelakkan daripada insiden pencerobohan kumpulan militan itu dari berulang kembali.

Namun malangnya, ia tidak dapat mengelakkan daripada kejadian-kejadian seperti penculikan atau rompakan jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan barang-barang terkawal, penyeludupan bahan-bahan terlarang seperti dadah dan sebagainya masih terus berlaku.

Setakat ini dilaporkan ribuan tempahan dari pelancong luar negara telah dibatalkan menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada industri pelancongan negeri.

Hishamuddin berkata sehubungan itu amatlah penting untuk ESCOM yang telahpun wujud dimantapkan bukan sahaja untuk memastikan insiden serangan atau pencerobohan kumpulan militan dapat dihalang bahkan juga untuk memastikan jenayah-jenayah yang disebutkan di atas dapat dielakkan.

Dalam lawatannya ke Daerah Tawau pada Ahad, Hishammudin turut diberikan taklimat daripada pihak berkuasa ESSCOM mengenai kekangan yang dihadapi.

Menurut Hishammudin liputan radar akan diperluaskan untuk memastikan pemantauan di perairan negara dapat dijalankan dengan lebih luas oleh pihak keselamatan.

Laluan khas juga akan diwujudkan untuk kapal kapal yang berasal daripada luar kawasan negeri sabah terutama dari filipina mahupun daripada indonesia dan sebrang kapal atau pengangkutan laut yang tidak melalui laluan khas ini akan menghadapi risiko ditahan oleh pihak berkuasa ESSCOM.

“ Beberapa aset akan ditambah untuk memantapkan ESSCOM yang mana antara lain Menempatkan pelantar minyak yang tidak digunakan oleh syarikat petroleum ke kawasan Pantai Timur Sabah untuk dijadikan pelantar yang akan dilengkapi dengan alat komunikasi dan tenaga kerja,” kata Hishammudin.

Beliau juga berkata kerajaan akan memastikan ESSCOM dimantapkan melalui penambahbaikan polisi, aset, anggota perisikan dan juga penyelidikan.

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan