Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ESSCOM PERHEBAT OPERASI BURU PATI, TAHAN 240 ORANG DI BANDAR LAHAD DATU

Foto Ihsan Esscom
Foto Ihsan Esscom

LAHAD DATU, 9 Jan : Sebanyak 240 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam operasi bersatu khas dilaksanakan oleh Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di beberapa kawasan sekitar bandar Lahad Datu hari ini.

Komander Esscom DCP Datuk Abdul Rashid Harun berkata operasi itu dilaksanakan susulan pengumuman hasil siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Pati di Sabah.

Katanya operasi bersepadu yang turut disertai pelbagai agensi negeri, termasuk bahagian penguatkuasa Pejabat Daerah Lahad Datu, dan agensi persekutuan itu tertumpu di kawasan bangunan kedai jalan Teratai, pasar ikan, bandar wilayah dan penempatan bakau baharu Lahad Datu.

Menurutnya Pati yang ditangkap diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk pemeriksaan dan seterusnya diuruskan untuk penghantaran balik ke negara asal mereka.

“Kami tidak akan hentikan operasi memburu Pati, khususnya di kawasan bandar Lahad Datu sehingga bandar ini bersih daripada Pati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abdul Rashid menasihati majikan dan orang tempatan, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone), supaya tidak melindungi Pati.

Esszone merangkumi 10 daerah yang meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau termasuk Kota Marudu, Pitas, Beluran Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. — BERNAMA

Foto by :  Esscom Times
Foto by : Esscom Times

Komen


Berita Berkaitan