Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESSCOM patahkan beberapa lagi cubaan jenayah, culik di ESSZone

7:42pm 08/10/2016 Pak Roshan 816 views Jenayah,Mutakhir

EssCom

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mematahkan beberapa cubaan jenayah rentas sempadan termasuk culik di kawasan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone).

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abd Rashid Harun, berkata beberapa kes membabitkan cubaan masuk jenayah rentas sempadan ke perairan negara ini dikesan sejak beberapa hari lalu, namun berjaya dipatahkan ESSCOM.

“Memang ada beberapa kes cubaan masuk jenayah rentas sempadan termasuk culik di perairan pantai timur negeri ini, termasuk yang terbaharu dalam beberapa hari lalu.

“Mereka cuba masuk tetapi dengan kehadiran pasukan keselamatan di perairan negara ia menggagalkan usaha itu.

“Ini sekali gus menunjukkan ESSCOM telah menjalankan tugas dengan baik,” katanya pada sidang media sempena Hari Sukan negara peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah di Kompleks Perumahan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di sini hari ini.

Abd Rashid berkata, polis turut mengambil serius perkembangan yang berlaku di negara jiran susulan tindakan agresif tentera Filipina memburu kumpulan Abu Sayyaf.

“Operasi menahan dan menangkap pendatang asing tanpa izin (PATI) di kawasan ESSZONE juga akan terus dilaksanakan di seluruh negeri,” katanya. – BH Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan