Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ESSCOM NAFI SEMBUR GAS BAWAH PASAR LAHAD DATU HINGGA SEBABKAN KEMATIAN PATI

sembur

LAHAD DATU: — Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menafikan dakwaan di media sosial kononnya anggotanya telah menyembur gas di bahagian bawah pasar Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian tiga remaja lelaki yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) hari ini.

Pengarah Bahagian Keurusetiaan Esscom Newmond Tibin berkata sebaliknya ketiga-tiga mangsa terbabit dipercayai lemas ketika cuba melarikan diri semasa Operasi Bersepadu Biasa dilaksanakan di kawasan pasar itu.

Katanya operasi biasa yang diterajui Esscom itu dimulakan pada pukul 8 pagi dengan tumpuan kawasan pasar awam dan pasar ikan Lahad Datu yang bertujuan membanteras peniaga haram dan PATI.

“Ekoran daripada itu ramai yang melarikan diri atau “lari bertempiran” dan tiga lelaki itu dipercayai bersembunyi di bawah pasar tersebut. Pada kira-kira 10.30 pagi, anggota operasi yang berada di lokasi menghubungi ambulans dan Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk memberi bantuan kepada mereka.

“Tiga mangsa yang lemas itu kemudiannya dihantar ke Hospital Lahad Datu, dan pada kira-kira pukul 12 tengah hari, pihak Esscom telah dimaklumkan tiga lelaki tersebut meninggal dunia akibat lemas kerana cuba melarikan diri semasa operasi bersepadu dijalankan di kawasan pasar ikan,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam ini.

Newmond berkata mangsa itu dikenali sebagai Nordin Akang, 16, Lahudin Nasir, 17 dan abangnya Alex Nasir, 18, dan kesemua mereka tinggal di Kampung Bakau, Lahad Datu.

Beliau berkata operasi bersepadu harian memburu PATI  itu dilancarkan  sejak awal Januari lepas dalam usaha membersihkan bandar Lahad Datu daripada PATI. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan