Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Esscom Nafi Berlaku Tembak-Menembak Di Kunak

esscomkunak

LAHAD DATU, 25 Jun (Bernama) — Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek menafikan berlaku kejadian tembak-menembak membabitkan penjenyah rentas sempadan di Kunak, dekat sini awal hari ini.

Beliau berkata keadaan di sekitar pekan Kunak selamat dan tidak berlaku sebarang ketegangan seperti yang tersebar melalui media sosial.

Bagaimanapun, Mohammad mengesahkan bahawa Esscom melancarkan Ops Gasak ke-22 di pangkalan Kunak yang merangkumi tiga kampung iaitu Kampung Bakau, Nelayan dan Basilan.

 

Ops Gasak ke-22  yang diketuai Pengarah Operasi Esscom Datuk Abdul Rashid Harun itu melibatkan pelbagai agensi pasukan keselamatan dan pertahanan termasuk Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Sabah.

“Ops Gasak ini dilancarkan ekoran kes penculikan di Kampung Air Sapang, Kunak baru-baru ini, dan saya berharap semua orang bertenang dan tidak menyebarkan berita palsu terutama di media sosial,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.

Sementara itu, Abdul Rashid berkata sebanyak 129 orang yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan dalam Ops Gasak yang dijalankan selama tujuh jam bermula dari pukul 3 pagi.

Beliau berkata kesemua mereka, termasuk 34 wanita, ditahan kerana tidak memilik dokumen pengenalan diri yang sah dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Komen


Berita Berkaitan