Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Esscom Lancar Ops Gasak Di Kg Setinggan Mangkalinau,Sandakan

Gambar Hiasan

SANDAKAN – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) hari ini melancarkan ‘Ops Gasak’ secara besar-besaran bagi memburu saki-baki pendatang asing tanpa izin (PATI) di perkampungan setinggan Mangkalinau yang terletak di pinggiran bandar Sandakan.

Komander ESSCom DCP Datuk Abd Rashid Harun berkata ‘Ops Gasak’ yang melibatkan lebih 300 anggota keselamatan itu dilaksanakan serentak dengan operasi bersepadu membanteras sambungan elektrik di perkampungan berkenaan.

Ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan ESSCom untuk membersihkan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZOne), termasuk di Sandakan daripada PATI, katanya di sini hari ini.

Semalam, ESSCom membantu menjayakan operasi bersepadu membanteras sambungan haram elektrik di penempatan setinggan berhampiran rumah pangsa Majlis Perbandaran Sandakan di Jalan Batu Sapi, dekat sini.

Selain ESSCom, operasi turut disertai Suruhanjaya Tenaga, Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Majlis Perbandaran Sandakan, polis, imigresen, Jabatan Bekalan Air dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

ESSCom diwujudkan pada 1 April 2013 selepas berlakunya insiden pencerobohan di Tanduo, Lahad Datu awal tahun yang sama.

ESSZOne merangkumi 10 daerah meliputi 1,733.7 kilometer dari Kudat ke Tawau. Daerah terbabit ialah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan