Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,653

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Esscom Laksana Kajian Profil Masyarakat Pala’u Di Esszone

4:44pm 04/04/2016 Pak Roshan 298 views Berita Pilihan,Mutakhir,Nasional
gambar hiasan

gambar hiasan

KUALA LUMPUR : Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melaksanakan siri kajian profil masyarakat Bajau Laut yang hidup di perairan laut Sulu untuk mengenal pasti jumlah, lokasi dan status warganegara mereka di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata laporan kajian tersebut akan dianalisis dan dinilai dalam semua aspek bagi menentukan tindakan penyelesaian terhadap masyarakat tersebut yang juga sinonim dengan panggilan Pala’u.

“Jumlah sebenar masyarakat ini tidak diketahui. Masyarakat ini buta huruf, miskin dan masih tinggal dalam perahu dan pulau,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Datuk Datu Nasrun Datu Mansur (BN-Silam) yang ingin tahu langkah dan peranan kerajaan dalam menangani isu Pala’u, pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Pada tahun 2015, Shahidan berkata Esscom telah menjalankan dua kajian profil iaitu di Kampung Labuan Haji, Pulau Omadal dan Pulau Kulapuan dari 18 hingga 21 Mac dan di Pulau dan Terumbu Sebangkat dari 3 hingga 8 Ogos.

Jelasnya, Esscom akan mengadakan tambahan dua lagi kajian profil di Kampung Halo, Kampung Bangau-Bangau dan Pulau Nusa 3 di Semporna dari 10 hingga 17 Mac serta di Kampung Kunak 3 di Kunak pada Ogos tahun ini.

Shahidan berkata setakat ini masyarakat Pala’u menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa dan masih dalam kawalan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan