Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ESSCOM Kemudi Operasi Bersepadu Khas Di Kunak Hari Ini

ESSCOM-Rakyat-News

KUNAK – Operasi Bersepadu Khas memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diterajui Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dilancarkan di daerah ini, hari ini.

Pengarah Bahagian Tindakan Awam ESSCOM, Wan Mohd Khalid Wan Kamal berkata, operasi itu disertai pegawai dan anggota dari 10 agensi penguatkuasaan kerajaan negeri dan Persekutuan dengan misi membersihkan Kunak daripada PATI.

Beliau berkata, operasi itu ditumpukan di kawasan Pangkalan berhampiran perkampungan air Kunak, kawasan pasar dan pusat bandar itu.

“Kita akan melaksanakan operasi bersepadu memburu PATI ini secara berterusan. Selain memburu PATI, kita juga mahu mengesan dan menangkap mereka yang melakukan pelbagai aktiviti menyalahi undang-undang negara seperti penjaja haram dan aktiviti penyeludupan barang bersubsidi ke negara jiran,” katanya selepas pelancaran operasi itu di ibu pejabat polis Kunak, dekat sini.

Turut hadir Ketua Komponen Pusat Operasi Brig Jen Datuk Tuan Roslan Tuan Ismail dan Ketua Polis Daerah Kunak Superintendan Ad Rashid Abdullah.

Sebelum ini, Wan Mohd Khalid berkata, operasi sama dilancarkan di Tawau, Semporna, Lahad Datu dan Sandakan.

Beliau berkata, langkah itu susulan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja Mengenai PATI di Sabah (RCI) dan arahan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) supaya dilancarkan operasi besar-besaran bagi membanteras kehadiran PATI di negeri ini khususnya di ESSZone.

ESSZone meliputi 1,733.7 kilometer yang merangkumi daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna, dan Tawau. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan