Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,715

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESSCOM keluarkan senarai 23 individu dikehendaki

6:33pm 11/11/2016 Pak Roshan 4155 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir

wanted

KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) hari ini mengeluarkan senarai 23 individu dikehendaki kerana disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di pantai timur negeri ini.

Komander ESSCOM, Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata semua 23 individu terbabit adalah warga asing yang dikehendaki bagi membantu pasukan keselamatan menangani jenayah rentas sempadan.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada ESSCOM dan pasukan keselamatan bagi membolehkan mereka ditahan.

“Gambar yang dikeluarkan adalah mereka yang disyaki terbabit dalam jenayah rentas sempadan di Sabah. Semua mereka adalah warga asing,” katanya di sini, sebentar tadi.

Orang ramai yang ada maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan ESSCOM di talian 089-863181 atau WhatsApp ke 013-880 3585 atau 019-230 5909.

Sementara itu, semakan BH mendapati antara yang tersenarai ialah Selvador Muktadil atau dikenali sebagai Badong yang dipercayai anggota kumpulan Muktadil Brothers yang aktif mendalangi beberapa kes culik di pantai timur Sabah.

Bagaimanapun, Badong, 40-an, berasal dari Tawi Tawi, Filipina, yang dipercayai dalang kes culik dua warga Malaysia di sebuah restoran makanan laut di Sandakan pada Mei tahun lalu, dikatakan meninggal dunia akibat ditembak dalam operasi tentera di selatan Filipina pada September lalu.

Dia juga dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina. – BH Online
wanted2 wanted3

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan