Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Esscom Harus Diterajui Pihak Keselamatan Negara – Masidi Manjun

masidiesscom

KOTA KINABALU: Penstrukturan semula Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (Esscom) adalah sejajar dengan harapan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun bahawa strategi dan tanggungjawab keselamatan harus diterajui oleh pihak keselamatan negara.

Sambil menganggap penstrukturan semula itu sebagai drastik, namun beliau berpuas hati dengan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Julai lepas dan percaya Esscom akan lebih fokus kepada tugas yang sepatutnya dilakukan oleh orang yang tepat dan bertanggungjawab dalam isu keselamatan.

“Saya amat senang hati kerana perdana menteri telah membuat keputusan untuk meletakkan tanggungjawab keselamatan kepada pihak polis yang memang menjadi tanggungjawab mereka sebelum Esscom dibentuk.

“Saya berharap pemisahan fungsi dalam kalangan pegawai tinggi di Esscom akan memberi mereka peluang untuk menumpukan kepada tugas mereka yang sebenar dan mengelakkan pertindihan terhadap tanggungjawab yang dikendalikan oleh pelbagai pihak dalam Esscom itu sendiri,” katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa kementeriannya di sini Jumaat malam.

Najib mengumumkan penstrukturan semula Esscom yang diketuai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Esscom Datuk Abd Rashid Harun.

Masidi juga berharap satu sistem pengumpulan risikan yang lebih baik diwujudkan khusus dalam mengatasi isu penculikan membabitkan orang dalam atau orang yang bersekongkol dengan penculik.

“Barang kali, kualiti pengumpulan risikan kita belum begitu mantap dan saya berharap tumpuan turut diberikan kepada pendekatan pelbagai sudut bukan sahaja dari segi pelaksanaan dan penguatkuasaan peraturan dan undang-undang tersendiri, tetapi juga untuk memastikan pihak keselamatan mendekatkan diri dengan rakyat, sekaligus menjadikan rakyat sebagai salah satu sumber pihak keselamatan mengumpul risikan bagi membolehkan pihak keselamatan bersedia pada masa akan datang sekiranya perkara yang sama (penculikan) timbul lagi,” katanya.

Ditanya mengenai impak beberapa insiden penculikan membabitkan warga China di pantai timur terhadap pelancongan Sabah, Masidi mengakui ketibaan pelancongdari China terjejas tahun ini.

Bagaimanapun beliau berkata ketibaan pelancong dari negara lain menunjukkan kenaikan seperti Jepun, Korea, Eropah, Australia dan Amerika utara, sekaligus mengurangkan impak terhadap kekurangan ketibaan pelancong dari China.

“Pengalaman pahit melibatkan pelancong-pelancong dari China telah membuka mata atau memberi kita kesedaran agar kita memberi perhatian kepada pasaran-pasaran lain dari China.

“Atas sebab itu, saya telah meminta Lembaga Pelancongan Sabah untuk menilai semula perancangan kita tahun ini bagi mengurang impak kekurangan pelancong dari China,” katanya.

Komen


Berita Berkaitan