Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Esscom hargai peranan RT pelihara keharmonian rakyat

Newmond (kanan) menerima cenderahati daripada wakil Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
Newmond (kanan) menerima cenderahati daripada wakil Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

TAWAU – Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) menghargai sumbangan dan peranan Rukun Tetangga (RT) terutama dalam memelihara keamanan dan keharmonian rakyat di peringkat akar umbi, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Sehubungan itu, Pengarah Bahagian Keurusetian Esscom Newmond Tibin berharap Esscom dapat memupuk jalinan kerjasama yang erat dengan anggota Rukun Tetangga, terutama dari segi penyaluran maklumat mengenai kehadiran pendatang tanpa izin (PATI) atau keselamatan di kawasan masing-masing.

“Saya percaya menerusi pelbagai aktiviti bersama yang bakal diadakan antara Esscom dan Rukun Tetangga termasuk program kejiranan, ia dapat menyumbang ke arah memantapkan lagi tahap keselamatan di Esszone.

“Ini kerana kita menyedari bahawa untuk menjamin kesinambungan keamanan dan kemakmuran yang berterusan, ia menuntut semangat perpaduan yang kukuh, kesatuan yang jitu dan muafakat yang mantap dalam kalangan rakyat di semua peringkat,” katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk `Kerjasama Esscom dan RT’ anjuran Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di sini kelmarin.

Beliau mewakili Ketua Pegawai Eksekutif Esscom, Ruji Ubi pada bengkel itu yang dihadiri lebih 50 peserta RT dari Semporna dan Tawau. – oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan