Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,681

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESSCOM gagalkan cubaan seludup 22 gelen minyak petrol, 32 tong gas

11:20am 06/11/2016 Pak Roshan 0 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
Tangkapan dan rampasan yang dilakukan pasukan keselamatan.

Tangkapan dan rampasan yang dilakukan pasukan keselamatan.

LAHAD DATU : Pasukan Keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) telah menggagalkan cubaan menyeludup 22 gelen minyak petrol dan 32 tong gas apabila menahan tiga lelaki, dua daripadanya adalah warga tempatan menerusi tiga operasi berasingan yang dilakukan oleh Pasukan Polis Marin di daerah Tawau dan Semporna.

Komander ESSCOM DCP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid dalam satu kenyataan di sini, berkata kesemua mereka ditahan ketika cuba menyeludup keluar barangan bersubsidi berkenaan tanpa kebenaran ke negara jiran di kawasan perairan Tanjung Batu, Tawau dan laut Tampi- tampi, Semporna sekitar jam 11.30 pagi sehingga jam 5.50 petang pada Rabu.

“Semua barangan berkenaan telah dibawa ke Pangkalan Polis Marin Tawau dan Semporna untuk siasatan dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk tindakan selanjut.

“Turut disita 3 buah perahu dan 6 unit enjin sangkut Yamaha 40 hp dianggarkan bernilai lebih RM 93,142.00 yang digunakan oleh suspek dalam aktiviti berkenaan.

“Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Polis Marin daerah Tawau dan Semporna di atas kejayaan menangkap penyeludup-penyeludup berkenaan”, katanya di sini, semalam.

Sementara itu, dalam operasi sama Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau dan Semporna turut menahan 19 pendatang asing tanpa izin (PATI), masing-masing 16 warga Indonesia termasuk enam kanak-kanak dan 3 warga Filipina berumur antara 1 hingga 39 tahun di kawasan perairan Pelabuhan Tawau dan Kg. Selamat, Semporna pada selasa manakala Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) daerah Lahad Datu merampas 23 karton rokok seludup pelbagai jenis daripada sebuah bot tanpa pendaftaran di kawasan Sungai Giong, Lahad Datu pada Isnin.

Beliau berkata, kesemua mereka ditahan kerana tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Turut disita 3 bot, 2 enjin sangkut Yamaha 75hp dan 15 hp yang digunakan oleh suspek dalam aktiviti berkenaan yang dianggarkan bernilai lebih RM 42,000.00.

“Semua tangkapan dan rampasan akan disiasat dibawah Akta Imigresen 1959 (Pindaan 2002) dan Akta Kastam 1967 dan akan diserahkan kepada jabatan yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya”, katanya. – Oleh MARLINA MACPEE([email protected])

Wan Abdul Bari mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi keselamatan yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang telah melaksanakan pelbagai operasi keselamatan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi membanteras aktiviti penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negara ini.

Beliau berkata, kejayaan itu merupakan usaha berterusan ESSCOMdengan kerjasama semua pasukan bagi memastikan perairan negara sentiasa terkawal dan tidak mudah dibolosi oleh penjenayah-penjenayah yang sentiasa mencari ruang untuk membawa masuk dan keluar barang-barang terkawal dan bersubsidi ke negara jiran. – NewSabahTimes

ESSCOM gagalkan cubaan seludup 22 gelen minyak petrol, 32 tong gas

ESSCOM gagalkan cubaan seludup 22 gelen minyak petrol, 32 tong gas

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan