Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Esscom Diminta Buat Penyelidikan Komprehensif Tangani Kes Culik

esscom

KOTA KINABALU : Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin meminta pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) membuat penyelidikan lebih komprehensif bagi menangani kes penculikan di Zon Keselamatan Timur Sabah (Esszone).

Beliau berkata penyelidikan itu perlu bagi mengenal pasti punca sebenar kes penculikan di perairan Esszone yang terus berlaku walaupun telah diberi jaminan keselamatan di kawasan berkenaan.

Bung Moktar berkata Esscom perlu melihat perkara itu secara serius memandangkan kerajaan telah memperuntukkan berjuta ringgit untuk memantapkan aspek keselamatan di negara ini khususnya di Sabah.

Kes penculikan menjadi kebimbangan kepada masyarakat pesisir pantai seperti di Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu dan Semporna, katanya kepada pemberita di sini, hari ini ketika diminta mengulas kejadian dua tekong dua kapal nelayan diculik di perairan Kertam, Kinabatangan.

Komander Esscom Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua tekong warga Indonesia berumur 52 dan 46 tahun itu diculik sekumpulan lima lelaki bersenjata yang menaiki sebuah bot laju.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan