Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Esscom belanja RM10 Juta bagi pembaikan 94 bot rondaan

Ruji melawat kapal induk yang sedang dalam pembaikan.
Ruji melawat kapal induk yang sedang dalam pembaikan.

SANDAKAN- Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) membelanjakan sekitar RM10 jutabagi pembaikan 94 bot rondaan di Zon Selamat Tinur Sabah (Esszone).

Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Ruji Ubi berharap ia dapat memantapkan lagi operasi keselamatan di perairan Esszone.

Kerja-kerja pembaikan kesemua bot milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Angkatan Tugas Bersama(ATB), Pasukan Gerakan Am (PGA) dan polis marin itu dijangka siap sepenuhnya pada pertengahan September depan,” katanya selepas melawat tempat pembaikan bot di Sandakan Jaya Teknik, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah Komponen Laut ESSCOM Laksamana Pertama Maritim M. Karunanithi dan Pengarah Pusat Operasi ESSCOM Brig Jen Datuk Tuan Roslan Tuan Ismail.

Ruji berkata, pembiayaan itu merupakan sebahagian daripada RM23.7 juta peruntukan khas yang diluluskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini untuk pembelian aset ESSCOM.- Monica Gidong / SayangSabah

 

 

 

Komen


Berita Berkaitan