Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ESPA, latihan untuk penjawat awam

3:17pm 02/12/2015 Leolerry Lajius 90 views Tempatan

KOTA KINABALU: Pelaksanaan Program Lab Pembudayaan [email protected] tahun 2015 atau e-Pembelajaran Sektor Awam yang julung kali dibuat di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) merupakan satu langkah untuk mempelbagaikan kaedah melatih penjawat awam di negeri ini.

Menurut Ketua Kluster Teknologi Pengurusan (i-IMATEC), INTAN Bukit Kiara, Kuala Lumpur Puan Marsineh Jarmin program ini adalah untuk menyebar luas penggunaan EPSA dan penggunaannya kepada pegawai-pegawai dan kakitangan awam Negeri dan Persekutuan di negeri ini.

“EPSA merupakan salah satu inisiatif yang menyokong pelaksanaan Teras Strategik iaitu mendaya upaya bakat dalam meningkatkan kompetensi, prestasi, produktiviti dan daya inovasi penjawat awam,” katanya.

Tambah beliau, sejak diperkenalkan pada tahun 2007 seramai 606,259 pengguna telah berdaftar dengan EPSA dan seramai 96,167 yang telah menamatkan kursus yang ditawarkan oleh EPSA.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Lab Pembudayaan [email protected] tahun 2015 INTAN Kampus Sabah pagi tadi.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Tuan yahya menyampaikan candrahati kepada marsineh ketua kluster teknologi pengurusan I-IMATEC-Gambar Oleh Alexion Mairin

Tuan yahya menyampaikan cenderahati kepada marsineh ketua kluster teknologi pengurusan I-IMATEC-Gambar Oleh Alexion Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan