Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Eshaal jadikan sambutan Syawal Stacy lebih bermakna

STACY dan Akim Ahmad, dengan kehadiran sinar baharu dalam keluarga kecil mereka.

 

KUALA LUMPUR: Sambutan Syawal tahun ini memberi seribu makna buat pasangan selebriti, Stacy dan Akim Ahmad, dengan kehadiran sinar baharu dalam keluarga kecil mereka.

Stacy atau nama penuhnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 26, berkata fokus tentu saja diberi kepada dua cahaya mata mereka, Bella Luna, 5, dan Eshaal yang kini berusia lima bulan.

“Jika dulu kami teruja beraya bersama, tahun ini terasa lebih lengkap dengan kehadiran Eshaal yang menyerikan Aidilfitri keluarga saya dan Akim.

AKIM bersama isteri dan anaknya.

“Bella juga turut mengutamakan adiknya dalam segala segi dan ada kalanya macam mengambil peranan sebagai ibu pula,” katanya kepada BH Online.

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kisah Dongeng itu berkata, tahun ini mereka tidak berdepan masalah untuk memilih lokasi beraya. AKIM bersama isteri dan anaknya.

“Oleh kerana ibu saya tinggal bersama kami buat sementara waktu, tiada isu soal giliran pulang ke kampung. Kali ini kami menyambut raya di Johor bersama sanak-saudara Akim.

Jadi, kesempatan itu bolehlah digunakan bagi memperkenalkan Eshaal.

“Ada antara anggota keluarga terutama yang jauh belum berkesempatan berjumpa Eshaal kerana saya juga baru selesai berpantang,” katanya.

Menyentuh sambutan lebaran mereka juga, Stacy memberitahu, beliau dan suami memilih untuk beraya secara sederhana saja.

Pasangan sebaya berkenaan mendirikan rumah tangga pada 5 Februari 2016. – BH ONLINE

Komen


Berita Berkaitan