Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ESCOMM DIGESA TUBUH SKUAD ANTI PENCULIKAN

pic-15
KOTA KINABALU: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Escomm) digesa untuk menubuhkan Skuad Anti Penculikan.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata ia bertujuan untuk memerangi kes jenayah rentas sempadan yang semakin kerap berlaku di kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Beliau juga menggesa Kerajaan Persekutuan untuk mempercepatkan penghantaran aset-aset terutama bot, radar dan helikopter untuk kegunaan Escomm selain penambahan anggota keselamatan dan ken batalion.

Pairin berkata demikian dalam ucapannya pada Program Dialog Escomm bersama Komuniti Kadanzandusun dan Murut (KDM) kelmarin. Teks ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Radin Malleh.

Katanya semua pihak termasuk masyarakat KDM perlu sama-sama membantu menangani isu keselamatan di negeri ini.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan mengambil pelbagai langkah bagi memastikan insiden penculikan tidak berulang dan lawatan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ke lokasi kejadian membukti juga kesungguhan dan komitmen kerajaan menangani isu ini.

Pairin berkata selain menguatkuasa peraturan, pihak Escomm juga mewajibkan semua bot asing menggunakan laluan yang diwartakan dan berdaftar.

Ketua Pengarah Escomm Datuk Mohamad Mentek menyambut baik cadangan yang dikemukakan dan pertimbangan akan dibuat berdasarkan kepada keperluan bagi memastikan keselamatan perairan negeri Sabah terjaga.

Komen


Berita Berkaitan