Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

ERT,Dimensi baru ke arah menjaga keselamatan

9:18pm 21/11/2015 Leolerry Lajius 11 views Tempatan

KOTA KINABALU:Pelaksanaan latihan kepada ahli-ahli Emergency Response Team (ERT) merupakan inisiatif ke arah membuka dimensi baru dalam memberikan perkhidmatan terbaik demi memastikan keselamatan masyarakat sentiasa terjamin.

 

Demikian ungkapan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ketika berucap sempena majlis ramah mesra dan penutupan latihan kecekapan pasukan ERT Bomba peringkat negeri Sabah mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.

 

“Saya Kagum dan bangga dengan semangat dan komitmen para peserta untuk melaksanakan latihan pengukuhan sebagai satu keperluan ke arah memantapkan lagi peranan Pasukan ERT bagi setiap bangunan, “katanya.

 

Tambah beliau, latihan ini juga secara langsung memberi pendedahan kepada pasukan ERT dalam menghadapi situasi kecemasan sebenar dengan kaedah yang sistemik.

 

Latihan pada kali ini menyaksikan penyertaan seramai 32 pasukan ERT dari seluruh negara yang telah menjalani latihan di Dataran Sabah Trade Center, Jalan Kompleks Sukan Likas. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

 

Datuk Hajiji ketika membuat gimik perasmian. -Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Hajiji ketika membuat gimik perasmian. -Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan