Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Era teknologi tak halang K1M jadi sumber maklumat sahih

Penghibur tempatan, Ampal menghiburkan para pengunjung. - foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah
Penghibur tempatan, Ampal menghiburkan para pengunjung. – foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah

PAPAR – Komuniti 1Malaysia (K1M) terus relevan di mata masyarakat dan menjadi sumber maklumat sahih mengenai dasar-dasar negara.

Malah, program-program K1M merupakan wadah mengeratkan lagi silaturrahim bukan sahaja di kalangan rakyat, tetapi juga dengan pemimpin di kawasan masing-masing.

Pengarah Penerangan Sabah, Datuk Almain Ajirul berkata, selaras dengan fungsinya, K1M menjadi ejen penyampai maklumat antara masyarakat dan kerajaan.

“Walaupun berada dalam era teknologi maklumat serba pantas dan canggih, K1M masih mampu memberikan peranannya sebagai sumber maklumat antara kerajaan dan rakyat. Ini jelas ditunjukkan menerusi program-program anjuran jabatan ini masih lagi mendapat sambutan menggalakkan.

“Antaranya, pertandingan sketsa, pidato, pengisahan kenegaraan, kembara merdeka jalur gemilang dan program info serta semarak K1M. Sambutan tersebut memberi isyarat bahawa K1M masih relevan dan jabatan sangat menghargai sokongan serta komitmen semua pihak,” katanya dalam Program Semarak Aidilfitri K1M Peringkat Daerah Papar, di sini semalam.

Teks ucapannya disampaikan Pegawai Penerangan Bahagian Pedalaman Bawah, Tailin Mainan di Kampung Santing Pengalat Besar. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan