Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,675

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Era baru Filipina

9:35am 01/07/2016 Pak Roshan 74 views Global
DUTERTE mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang baru dalam satu majlis di Istana Malacanang di Manila, semalam.

DUTERTE mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang baru dalam satu majlis di Istana Malacanang di Manila, semalam.

Manila: Rodrigo Duterte mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina ke-16 semalam dan berjanji menentang rasuah, jenayah serta pengedaran dadah secara berterusan dan tanpa henti.

Dalam ucapan sulungnya selepas mengangkat sumpah di Istana Malacanang di sini, Duterte berkata, jenayah, rasuah dan dadah tanda penyakit yang merebak dalam masyarakat.

“Saya melihat kepercayaan penduduk kepada pemimpin negara semakin terhakis.

“Kepercayaan juga semakin terhakis terhadap sistem perundangan dan kemampuan penjawat untuk menjadikan kehidupan penduduk lebih baik, selamat serta sihat,” katanya.

Duterte menang besar dalam pilihan raya umum pada Mei lalu dan mendapat kepercayaan rakyat yang semakin bosan dengan golongan politik elit dan kegagalan kerajaan menangani isu kemiskinan serta ketidaksamaan.

 Bagaimanapun, kelantangan Duterte mencetuskan kebimbangan ia mungkin memberi kesan kepada ekonomi Filipina yang kini paling pantas berkembang di Asia Tenggara.

Perkembangan politik terbaru ini juga meningkatkan ketidakpastian mengenai pendirian Manila dalam pertikaian dengan China di Laut China Selatan.

Menteri pertahanan Filipina baru-baru ini memberitahu, menangani masalah pemberontakan di selatan negara itu keutamaan pertama berbanding pertikaian di Laut China Selatan.

Sepanjang kempen pilihan raya, Duterte memfokuskan terhadap usaha membasmi jenayah, dadah serta rasuah, dan masih menerima sokongan pengundi walaupun berikrar untuk membunuh penjenayah.

Bagaimanapun, presiden baru Filipina itu mengakui ramai percaya caranya itu adalah tidak ortodoks dan hampir melanggar undang-undang.

Bekas pendakwa raya berusia 71 tahun itu berkata, dia tahu membezakan perkara yang betul dan salah serta akan patuh terhadap undang-undang. – Reuters/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan