Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ENJIN KERETA HANGUS SENDIRI TERBAKAR DI PENAMPANG BARU

Anggota bomba memadamkan api yang membakar kenderaan itu dekat Bandar Penampang Baru tadi. Gambar SNT/ Ehsan Bomba Penampang

PENAMPANG: Pemandu Isuzu Bighorn terkejut mendapati asap tebal keluar daripada bahagian depan kenderaan di simpang Bandar Baru Penampang hari ini.

Ketua Operasi Ahmady Wahab berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang menerima panggilan kecemasan berkenaan pada jam 1.55 petang daripada pemandu berkenaan.

“BBP Penampang menggegaskan lapan anggota BBP ke tempat kejadian,” katanya, sambil menambah operasi terkawal pada jam 2.10 petang dan tamat selepas 20 minit kemudian.

Usaha pemadaman api yang membakar enjin kenderaan tersebut. Gambar SNT/ Ehsan Bomba Penampang

Pemeriksaan mendapati enjin kenderaan terbakar 100 peratus.

Katanya, tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan manakala punca kebakaran masih dalam siasatan.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan