Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

‘Enggan’ Rawat Bayi Sebab Waktu Klinik Hampir Tutup

5:37pm 08/04/2016 Pak Roshan 1113 views Mutakhir,Tempatan,WP. Labuan

14e6

LABUAN – Gara-gara sudah hampir tiba masa untuk operasi klinik ditutup, dua jururawat wanita sebuah klinik di sini dikatakan enggan merawat seorang bayi yang mengalami masalah semput, menurut laporan akhbar tempatan.

Suri rumah, Harnizum Sulaiman, 36; memberitahu akhbar The Star bahawa kedua-dua jururawat klinik tersebut malah meminta dia membawa bayinya yang berusia setahun itu ke hospital, kerana “mereka mahu berehat.”

“Daripada serta-merta merawat bayi saya, kedua-dua jururawat wanita itu meminta saya bawa anak saya ke wad kecemasan di hospital, kerana sudah hampir tiba masanya klinik ditutup dan mereka mahu berehat,” katanya.

Bahkan, lebih menyedihkan Harnizum apabila dua jururawat klinik di pulau pentadbiran Wilayah Persekutuan berkenaan turut berseloroh yang ‘tidak kena tempat’ ketika dia mengharungi saat-saat mencemaskan itu.

“Mereka secara berseloroh, bertanya sama ada saya mahu memberi mereka bayaran kerana terpaksa bekerja lebih masa, jika saya tetap berkeras mahu bayi saya dirawat di situ pada saat itu juga,” katanya lagi kepada akhbar itu.

Harnizum menambah, pada ketika itu, dia terpaksa menangis dan merayu-rayu kepada kedua-dua jururawat tersebut untuk membantu menyelamatkan nyawa bayinya yang dalam keadaan kecemsan.

Menceritakan dengan lebih lanjut, wanita tersebut yang berasal dari Beaufort, Sabah ketika itu berada di Labuan untuk menghadiri majlis bacaan tahlil sempena pemergian arwah abangnya pada 4 April lalu.

utc1

Suasana klinik di UTC Labuan. – Gambar hiasan

Namun, bayinya itu kemudian mengalami masalah pernafasan, menyebabkan dia dan suami serta adik beradik mendakwa mereka bergegas pergi ke sebuah klinik di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Labuan.

Mereka tiba di sana sekitar 4.45 petang, iaitu hanya 15 minit sebelum klinik itu ditutup. Untuk rekod, klinik di UTC lazimnya tidak ditutup dan dibuka setiap hari dari 8 pagi sehingga 10 malam kecuali hari kelepasan umum.

Setelah kedua-dua jururawat berkenaan enggan merawat bayinya itu, mereka terpaksa membawa anak kecil tersebut ke Hospital Labuan, di mana dia kemudian dimasukkan ke dalam wad pediatrik selama sehari.

“Mujur, anak saya kini baik-baik sahaja,” kata Harnizum dan menjelaskan, dia awalnya mahu buat aduan kepada polis dan pihak hospital, namun akhirnya tidak melakukannya kerana tidak mahu membesar-besarkan isu itu.

Bagaimanapun, dia berharap pihak berkuasa dapat mengelak insiden sedemikian daripada berulang. UTC Labuan terletak di Kompleks Pasar Sentral, Jalan Bunga Tanjung berjarak lebih lima kilometer dari Hospital Labuan.

Harnizum menambah, kakitangan penjagaan kesihatan sepatutnya lebih bertanggungjawab dan prihatin terhadap orang lain serta tidak seharusnya memperlekehkan isu antara hidup dan mati. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan