Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

‘Isteri dibunuh dan dibakar, anak ditetak’

kaki-mayat

KOTA KINABALU – Gara-gara tidak diberikan wang untuk membeli dadah, seorang suami sanggup bertindak kejam dengan memukul dan membakar isterinya serta mencederakan anak mereka berusia enam tahun, di Kampung Pondo, Pulau Gaya, dekat sini, pada Ahad lalu.

Mangsa yang berumur 54 tahun itu dipercayai ditetak beberapa kali oleh suspek sebelum dibakar dengan menggunakan petrol di sebuah rumah tidak bernombor milik keluarga itu dalam kejadian pada pukul 2.25 pagi.

Ketua Polis Kota Kinabalu, M. Chandra berkata, suspek merupakan penagih dadah jenis syabu tegar menyerah diri di Pangkalan Marin Ibu Pejabat Polis Kota Kinabalu manakala polis yang menjalankan siasatan menemui senjata iaitu pisau pemotong daging di tempat kejadian.

“Anak angkat suspek dibawa ke Hospital Likas oleh orang kampung dan mangsa dilaporkan stabil. Dalam siasatan yang dijalankan, suspek mengaku bahawa motif pembunuhan disebabkan kemarahan dan ¬†ketika itu di bawah pengaruh dadah,” katanya di sini hari ini.

Chandra berkata, sepasukan anggota polis, anggota marin dan pasukan forensik IPK Sabah telah  bergegas ke tempat kejadian setelah menerima panggilan daripada anggota polis Pulau Gaya yang menerima maklumat daripada awam.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan / 326 KK. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan