Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Enggan bawa isteri ‘gemuk’, 3 syarikat penerbangan disaman

wanita gemukk

NEW YORK: Seorang duda yang menyaman tiga buah syarikat penerbangan sebanyak AS$6

juta (RM19.15 juta) selepas tidak membenarkan mendiang isterinya menaiki pesawat dengan

alasan terlalu gemuk dua tahun lalu akhirnya berjaya menyelesaikan kes itu di luar mahkamah,

lapor MailOnline semalam.

Lelaki tersebut, Janos Soltesz mengemukakan saman di sebuah mahkamah di Manhattan

terhadap tiga syarikat iaitu Syarikat KLM Royal Dutch Airlines, Syarikat Penerbangan Delta dan

Syarikat Penerbangan Lufthansa.

Bagaimanapun, ketiga­tiga syarikat itu bersetuju untuk membuat penyelesaian kes berkenaan di

luar mahkamah tetapi jumlah pampasan tidak didedahkan.

Saman berjumlah AS$6 juta itu difailkan selepas ketiga­tiga syarikat berkenaan gagal

menempatkan mendiang isteri Soltesz, Vilma yang ketika itu mempunyai berat 184 kilogram

dalam pesawat mereka.

Masalah berlaku ketika pasangan yang menetap di New York itu bercuti di Budapest, Hungary

pada Oktober tahun 2012 tetapi gagal pulang semula selepas semua pesawat penerbangan

berkenaan gagal menyediakan kerusi yang sesuai untuk Vilma.

Vilma yang terpaksa menggunakan kerusi roda apabila kakinya terpaksa dipotong akibat kencing

manis meninggal dunia di sebuah rumah penginapan di Budapest ketika menunggu keizinan

pesawat untuk membawa dia pulang. ­ Agensi

Komen


Berita Berkaitan