Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Enam syarikat Sabah menerima pensijilan baru, tiga lagi dianugerahkan pensijilan semula NIOSH

Tan Sri Lee Lam Thye bersama dengan penerima sijil pengiktirafan sistem pengurusan di Sabah. Gambar SNT/Ehsan NIOSH Certification

KOTA KINABALU: Perkhidmatan serba lengkap yang disediakan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaaan Negara (NIOSH) menjadikan ia pusat sehenti pilihan untuk pelbagai latihan berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) bertaraf global.

Pengerusinya Tan Sri Lee Lam Thye berkata pada masa yang sama, anak syarikat NIOSH iaitu NIOSH Certification Sdn Bhd turut menjalankan aktiviti pengauditan, pensijilan dan pengiktirafan terhadap industri di Malaysia yang telah mencapai tahap piawaian antarabangsa.

Beliau berkata pelaksanaan Standard Sistem Pengurusan bukan sahaja memberi manfaat kepada organisasi dan warga kerja organisasi terbabit tetapi turut membawa kebaikan kepada komuniti setempat dan pembangunan negara.

“Dengan adanya Standard Sistem Pengurusan ini, organisasi terbabit dapat membuat pemantauan, pengukuran dan pengesahan terhadap prestasi organisasi masing-masing secara sistematik dan berkesan,” katanya selepas menyampaikan sijil pengiktirafan sistem pengurusan kepada organisasi yang memenuhi standard tersebut di sini hari.

Sebanyak enam syarikat menerima pensijilan baru manakala tiga lagi dianugerahkan pensijilan semula.

Tan Sri Lee Lam Thye menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima dari Kota Kinabalu hari ini. Gambar SNT/Ehsan Niosh Certification

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah NIOSH Certification Nik Hasbi Fathi Nik Husain Fathi, pengurus besar NIOSH Certification Syamsul Zahrin Zainuddin dan Pengarah Akreditasi Standards Malaysia Shaharul Sadri Alwi.

Lee berkata pensijilan Standard Sistem Pengurusan akan mewujudkan tahap amalan yang lebih tinggi dalam kalangan organisasi yang memilikinya dan seterusnya menghasilkan rekod pencapaian yang lebih baik secara keseluruhan.

Menurut Lee, NIOSH Certification telah diiktiraf sebagai sebuah Badan Pensijilan melalui akreditasi Jabatan Standard Malaysia atau Standards Malaysia.

Lee berkata NIOSH Certification telah mengeluarkan lebih 100 pensijilan kepada pelbagai organisasi kerajaan dan swasta sehingga kini manakala setiap tahun NIOSH berjaya melatih lebih 120,000 individu dalam pelbagai program berkaitan KKP.

“NIOSH certification juga telah membuka pejabat operasi bagi Wilayah Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu pada 1 Ogos, 2016 untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efisien bagi industri dan pelanggan-pelanggannya di Borneo,” katanya.

Beliau berkata pihak pengurusan yang menerima pensijilan NIOSH Certification membuktikan mereka memberikan komitmen yang tinggi terhadap keperluan dan kepentingan standard dalam menguruskan organisasi termasuk dari segi KKP, kualiti kerja dan produk serta penjagaan alam sekitar.

Seiring dengan keperluan negara dan industri, NIOSH Certification turut menawarkan pensijilan ISO45001 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa serta pensijilan bagi Sistem Pengurusan Kualiti (ISO 9001), Alam Sekitar (ISO 14001), Keselamatan Makanan (ISO 22000) dan Pensijilan Kelapa Sawit Mampan Malaysia (MS 2530).

Beliau berkata ISO 45001 merupakan Sistem Pengurusan Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan (OHS MS) yang pertama dikeluarkan oleh Badan Standard Antarabangsa dan syarikat yang telah mendapat pensijilan OHSAS18001 diberikan tempoh 3 tahun iaitu sebelum 12 Mac 2021 untuk berpindah  ke ISO 45001.

“NIOSH Certification juga bersedia memberi khidmat dan berkerjasama dengan pihak ladang, kilang, persatuan-persatuan di dalam sektor kelapa sawit untuk mencapai pensijilan MSPO pada penghujung 2019 seperti yang disasarkan oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata NIOSH Certification juga telah mendapat kelulusan daripada Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia sebagai pusat latihan Juruaudit Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) pada bulan Jun 2018.-SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan