Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Enam puluh rumah rosak akibat ribut di Tawau

Foto Ehsan Pembaca

 

TAWAU, 14 Ogos – Kejadian ribut lewat malam tadi yang disusuli hujan lebat di Tawau mengakibatkan 60 rumah rosak di kawasan Tanjung Batu di sini.

Ketua Kampung Tanjung Batu Laut, Abdul Abdullah berkata sejak pagi ini sehingga sekarang 60 ketua keluarga melaporkan rumah mereka mengalami kerosakan.

“Ada antara rumah yang ranap sepenuhnya, ada yang atap diterbangkan angin, bagaimanapun syukur tiada kemalangan jiwa berlaku,” katanya ketika ditemui Bernama.

Dalam pada itu, seorang mangsa Norhayati Burah, 25, berkata ketika kejadian rumah atas air yang didiami bersama keluarganya itu tiba-tiba bergoyang sebelum angin kuat menerbangkan atap rumahnya.

“Ada tujuh orang yang tinggal dirumah ini termasuk saya, disebabkan khuatir rumah roboh dan melihat atap diterbangkan angin, kami bertempiaran lari keluar rumah menyelamatkan diri,” katanya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau, Sharudy Delamin berkata pihaknya menerima lima panggilan berhubung rumah roboh dan pokok tumbang antara 11.35 malam hingga 2.57 pagi ini.

“Kita terima dua panggilan rumah roboh di Batu 2 Maspul dan Kampung Pukat Tanjung Batu Laut, selain tiga panggilan pokok tumbang iaitu di Tanjung Batu Darat, Jalan Tengku Osman serta Jalan Tanjung Batu laut depan kuari,” katanya.

Dalam kejadian ribut kira-kira tiga jam itu turut menyebabkan sebuah kereta rosak dihempap pokok selain papan tanda di tepi jalan turut tumbang di Batu 3.

— BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan