Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,791

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Enam PTI ditangkap cuba masuk Malaysia secara haram

6:43pm 02/02/2016 Ann Vivien 90 views Jenayah,Tempatan
Polis Marin

Polis Marin

TAWAU: Enam pendatang tanpa izin (PTI) dari negara jiran, Indonesia ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau ketika cuba memasuki negara ini secara haram di perairan Pelabuhan Tawau kira-kira jam 2.45 petang pada Isnin.

Komander PPM Sabah, ACP Mohammad Madun dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, kesemua tahanan itu, termasuk juragan bot laju jenis fiber berusia dalam lingkungan 21 sehingga 27 tahun.

“Ketika diperiksa anggota PPM Tawau yang sedang dalam tugasan Ops Landai, kesemua mereka gagal menunjukkan dokumen perjalanan yang sah. Mereka mengaku berasal daripada Sungai Nyamuk, Manggarai dan Sulawesi dan cuba memasuki negara ini tanpa dokumen,” katanya.

Mohammad menambah, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2010.

Beliau turut menyatakan tekad pihaknya yang akan terus komited dalam usaha membanteras kemasukan PTI, selaras dengan hasrat kerajaan untuk sifar pendatang asing menjelang tahun 2020.-Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan