Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Enam penceroboh diberkas di Kunak

opsgasak

Kota Kinabalu: Enam individu, termasuk seorang wanita yang dipercayai penceroboh Sulu ditahan
dalam satu operasi khas polis Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, di sekitar daerah Kunak, awal pagi
semalam.

Mereka yang terdiri daripada lima warga tempatan dan seorang individu yang dipercayai berasal dari
Filipina ditahan selepas didapati mempunyai kaitan dengan kesultanan Sulu yang cuba membuat tuntutan
terhadap Sabah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihaknya turut merampas kad keahlian dan
sijil pelantikan Panglima Kesultanan Sulu dalam serbuan itu di beberapa lokasi berasingan di
Kunak.

Jumpa senjata tajam

“Dalam serbuan yang turut disertai oleh pasukan keselamatan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur
Sabah (ESSCOM), kita turut menemui dokumen berkaitan kesultanan Sulu dan beberapa senjata
tajam yang mungkin bakal digunakan untuk kegiatan serangan atau keganasan.

“Sehubungan itu, semua mereka ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 124 (C) Kanun
Keseksaan dan turut disiasat mengikut Akta Keselamatan Khas (Langkah-Langkah Khas) 2012,
SOSMA,” katanya dalam kenyataan yang disiarkan Bukit Aman, semalam.

Katanya, lima rakyat tempatan yang ditahan dikenali sebagai Abu Bakar Jayari @ Alex, 61;
Ilyasa Abu Bakar (Maharaja Omar); Zainuddin Mislani; Industan @ Md Bustan Lumatang @
Hindustan, 56; Sitti Nukah Abdul Lama, 55 dan suaminya, Kassim Ibrahim, yang dipercayai warga Filipina.

“Setakat ini pasukan keselamatan masih menyiasat sejauh mana pembabitan enam individu terbabit
berhubung tuntutan ke atas Sabah dan kemungkinan mereka ada kaitan dengan kumpulan penceroboh di
Lahad Datu, tahun lalu,” katanya.

Sementara itu sumber berkata keenam-enam suspek itu adalah antara individu yang ditahan dalam Ops
Gasak Ke-22, oleh pasukan keselamatan yang diselaraskan oleh ESSCOM, pagi semalam.

Sementara itu, Ketua Pengarah ESSCOM, Datuk Mohammad Mentek, menafikan berlaku tembak-
menembak membabitkan penjenayah rentas sempadan di Kunak, pagi semalam.

Beliau menegaskan, penyebaran khabar angin melalui laman sosial, termasuk aplikasi WhatsApp kononnya
berlaku ketegangan di daerah itu tidak benar.

Bagaimanapun, katanya, keadaan itu mungkin disebabkan ESSCOM melancarkan Ops Gasak Ke-22 di
pangkalan Kunak. -SUMBER BERITA- bharian.com.my

Komen


Berita Berkaitan