Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Enam Pemuda UMNO Sabah keluar BN, sertai Warisan

 

Enam Pemuda UMNO Sabah keluar BN, sertai Warisan.

Mereka yang terlibat adalah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tawau, Ariffin Kassim; Halim Gulam Sidek (Silam), Nik Mohd. Nazdri (Keningau), Ramlan Awal (Sepanggar) dan Jehan Osman Ongkomog (Pensiangan) dan Jamawi Jaffar (Tenom)

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemabong yang juga bekas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar mengetuai tindakan berkenaan dalam satu sidang media di Kota Kinabalu, hari ini.

Keputusan berkenaan dibuat Jamawi selepas beliau menzahirkan sokongan kepada Warisan semalam.

Menurut Jamawi, keputusan beliau dan lima yang lain untuk menyertai Warisan dan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Presiden) bukanlah kerana dipaksa tetapi ia selepas mengambil kira faktor kestabilan politik di negeri Sabah.

“Semalam saya telah mengisytiharkan sokongan saya sebagai ADUN Kemabong, kepada Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk memegang jawatan Ketua Menteri Sabah.

“Hari ini saya ingin maklumkan bahawa, saya juga meletakkan semua jawatan saya dalam UMNO… ini bukan sahaja tindakan yang terburu-buru tetapi kita memikirkan bahawa ia akan memberikan kestabilan politik yang berpanjangan di negeri Sabah,” katanya. – Awani Online

Komen


Berita Berkaitan