Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,704

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Enam PATI ditahan

10:16pm 20/02/2016 Ann Vivien 1254 views Jenayah,Tempatan
 Warga asing yang ditahan dan didokumentasikan dalam operasi itu.

Warga asing yang ditahan dan didokumentasikan dalam operasi itu.

KENINGAU: Enam lelaki  Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) masing-masing lima orang warga Indonesia dan seorang warga Filipina ditahan dalam satu Operasi Bersepadu di kilang kayu Irama Ramai, Jalan Kimanis di sini bermula jam 4.00 hingga 6.30 pagi pada Jumaat.

Ketua Polis Polis Daerah Keningau Deputi Supritendan Polis (DSP) Douglas Nyeging Taong berkata, kesemua yang ditahan tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah ditahan dibawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen di sini untuk tindakan lanjut.

Katanya, mereka yang ditahan boleh diseksa dengan penjara selama tempoh sampai lima tahun atau dengan denda tidak lebih RM10,000.00 atau kedua-duanya sekali dan boleh juga dikenakan tidak lebih daripada enam sebatan jika disabitkan kesalahan.

“Dalam operasi bersepadu yang diangotai oleh  Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angensi  Penguatkuasaan Jabatan Imigresen Malaysia Daerah Keningau, Unit Penguatkuasaan Majlis Daerah Keningau dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan keanggotaan 22 terdiri dari Pegawai dan anggota setiap  agensi seramai 35 orang telah diperiksa” katanya dalam sidang media di IPD di sini pada Sabtu.

Douglas berkata, operasi itu merupakan operasi pertama dalam tahun ini bertujuan untuk mengenalpasti dan mendokumentasikan maklumat PATI yang masuk bekerja di daerah ini.-Oleh Kalawon Sawing/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan