Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Enam NGO, CBO terima Geran Pembangunan Lestari Shell

Prithipal (kiri) dan Madius (dua dari kiri) mendengar penerangan daripada wakil EcoKnights (kanan).

KOTA KINABALU: Enam organisasi Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan Organisasi Berasaskan Komuniti (CBO) menerima Geran Pembangunan Lestari Shell daripada Shell Malaysia pada Isnin petang.

Menteri Perdagangan dan Perindustrian, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, inisiatif syarikat berkenaan wajar dipuji kerana dapat membantu kerajaan meneruskan agenda pembangunan mampan di negeri ini.

“Selain menjadi pemain utama dalam industri minyak dan gas, usaha Shell Malaysia secara tidak langsung dapat memberi contoh bagaimana​ ​NGO tempatan dan CBO boleh membantu menyumbang kepada masyarakat setempat,”​ ​katanya.

“Sebagai Kementerian yang bertanggungjawab bagi pembangunan perindustrian, kita akan membawa lebih banyak pembangunan perindustrian ke Sabah dengan itu dapat membuka peluang pekerjaan, memberi sumbangan kepada pengeluaran domestik kasar dan memberi impak positif kepada aktiviti ​​spin-off ekonomi,”​ katanya.

Tambah Madius, penganugerahan geran tersebut bukan sahaja dapat merealisasikan dasar pembangunan kementeriannya tetapi secara tidak langsung dapat memanfaatkan sumber-sumber negeri dengan cara yang mampan dengan pembangunan jangka masa panjang.

Madius berkata demikian semasa menyampaikan ucapan di Majlis Penyerahan Geran Pembangunan Mampan Projek Komuniti Shell kali ke 10 seluruh Malaysia.

Sementara itu, Pengurus Bes​​ar Syarikat Shell Petroleum Sabah, Prithipal Singh berkata dengan geran kewangan tersebut, NGO dan CBO akan melaksanakan projek pembangunan mampan yang akan memberi manfaat kepada komuniti di seluruh Malaysia.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 2008, hampir RM4 juta telah digunakan kepada 96 projek yang berlainan di seluruh negara.

“Pada dasarnya, geran ini berfungsi sebagai pemangkin untuk melancarkan projek pembangunan lestari yang dijalankan oleh NGO dan berasaskan komuniti organisasi.

“Geran dianugerahkan kepada projek-projek tertentu, berdasarkan faedah langsung kepada masyarakat dan komitmen yang ditunjukkan terhadap kemampanan,”​ ​jelasnya.

Enam penerima geran tersebut adalah Konsultasi Symbiosis, Binturong Alam Ventures, 1StopBorneo Wildlife, The Tuyang Initiative, Ai Brique Engineering dan EcoKhights. /PENERANGAN-

Madius (empat dari kanan) dan Prithipal (lima dari kanan) bergambar bersama penerima geran.

Komen


Berita Berkaitan