Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,648

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Enam Nelayan Indonesia Ditahan Langgar Perintah Berkurung

2:24pm 08/01/2016 Pak Roshan 13 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
gambar hiasan

gambar hiasan

SEMPORNA : Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna menahan enam nelayan warga Indonesia kerana melanggar perintah berkurung di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Rabu lepas.

Komander PPM Wilayah Sabah, ACP Mohamad Madun berkata dalam kejadian 8.40 malam itu, enam nelayan iaitu juragan dan lima awak-awak ditahan selepas pihaknya menerima maklumat daripada anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Pos Siamil yang melihat kelibat sebuah bot mencurigakan di perairan Pulau Siamil.

“Bertindak atas maklumat ini, bot PPM yang menjalakan rondaan Op Paradise telah menahan dan melakukan pemeriksaan terhadap bot dari negara jiran berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad berkata hasil pemeriksaan lanjut, juragan bot berusia 50 tahun itu gagal mengemukakan dokumen permit pengecualian perintah berkurung yang dikuatkuasakan dari pukul 7 malam hingga 5 pagi.

“Tiga daripada enam warga Indonesia ini memiliki dokumen perjalanan diri manakala tiga lagi termasuk juragan tidak mempunyai dokumen perjalanan,” katanya.

Beliau berkata, polis turut merampas bot itu dan semua yang ditahan akan didakwa mengikut Seksyen 31 (2) Akta Polis 1967.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan