Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Enam mayat pelajar ditemui

PASUKAN penyelamat mengusung mayat seorang mangsa yang ditemui, semalam.
PASUKAN penyelamat mengusung mayat seorang mangsa yang ditemui, semalam.

Jakarta: Pasukan penyelamat semalam menemui mayat enam pelajar universiti, antara lebih 20 orang yang hilang dalam banjir akibat hujan lebat dan tanah runtuh di satu kawasan air terjun di barat Indonesia.

Kejadian berlaku Ahad lalu ketika lebih 70 pelajar berkelah di Air Terjun Dua Warna di Sumatera Utara.

Pegawai Agensi Pengurusan Bencana tempatan, Darwin Surbakti berkata, 21 pelajar dilapor hilang selepas kejadian.

Menurutnya, mayat lima pelajar lelaki dan seorang wanita ditemui kira-kira tiga kilometer ke hilir air terjun itu.

Seramai 150 penyelamat, termasuk tentera, polis dan sukarelawan terbabit dalam usaha mencari 15 pelajar yang masih hilang. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan