Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ENAM LELAKI DISYAKI PENAGIH DITAHAN DALAM OPS CEGAH DI TUARAN

Enam orang lelaki disyaki penagih dadah ditangkap dalam Ops Cegah. Gambar SNT/Ehsan AADK Tuaran

TUARAN: Hasil aduan orang awam, enam lelaki disyaki penagih dadah ditahan dalam operasi Ops Cegah oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di sini awal pagi tadi.

Ketua Pegawai AADK Tuaran Asraf Hafiz Ruslan berkata, operasi bermula jam 12.05 pagi itu dijalankan di tiga buah kampung iaitu Kg. Raganan, Damat Tuaran dan Mangkaladoi Tamparuli.

“Sepasukan AADK Tuaran menjalankan Ops Cegah selepas mendapat maklumat dari orang awam dan risikan selama seminggu.

“Operasi yang turut dibantu AADK Daerah Ranau dan Labuan itu berjaya menahan seramai enam lelaki kerana disyaki penagih dadah.

“Hasil ujian saringan awal air kencing, empat lelaki didapati positif dadah jenis Methamphetamine atau syabu, seorang lelaki positif Methamphetamine dan ganja serta seorang lagi hanya positif ganja,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Salah seorang lelaki yang ditahan oleh AADK ketika operasi dijalankan. Gambar SNT/Ehsan AADK Tuaran

Beliau berkata salah seorang lelaki yang ditahan berpura-pura pitam untuk dielak dari ditahan.

Namun, lelaki tersebut telah dibawa ke AADK Tuaran untuk siasatan lanjut.

“Semua yang ditahan berusia 18 hingga 49 tahun. Penahanan ini mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983,” katanya.

Sementara itu, Asraf berkata, pihak AADK Tuaran akan terus melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi membanteras kegiatan penagihan dadah.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung penyalahgunaan dadah boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi AADK Tuaran di talian 088-788336 atau tampil ke mana-mana pejabat AADK berhampiran,” jelasnya. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan