Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,793

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Enam bulan tak gerak

9:17am 29/01/2016 Pak Roshan 21 views Global
HOWELL

HOWELL

Carolina Selatan: Dua anggota keluarga seorang wanita berusia 82 tahun yang maut selepas tidak berganjak dari kerusinya selama enam bulan, semalam didakwa atas tuduhan cuai hingga menyebabkan kematian.

David Scott Howell dan Carole Beam Howell ditahan pada 21 Januari lalu dan didakwa mendera atau cuai sehingga menyebabkan kematian kakak Carole, Barbara Beam.

Barbara meninggal dunia pada 2 Januari tahun lalu di rumahnya di Greenville. Dia tinggal di rumah itu bersama pasangan berkenaan.

Menurut polis, Carole mendakwa Barbara tidak mampu bergerak dan tidak berganjak langsung dari kerusinya sejak enam bulan sebelum kematiannya.

Hasil pemeriksaan menemui kesan lekuk akibat kerusi itu pada badan
Barbara. Kerusi itu turut menunjukkan tanda-tanda kerosakan akibat cecair badan Barbara.

Carole mendakwa pada pagi Barbara ditemui mati, dia cuba menyuapkan air tetapi kakaknya tidak dapat menelan.

Disebabkan itu dia memberikan kepingan ais kepada Barbara, tetapi tidak lama kemudian melihat wanita itu sudah meninggal dunia.

Laporan bedah siasat menunjukkan Barbara maut akibat darah beku yang terbentuk kerana duduk terlalu lama. Koroner Parks Evans mendapati punca kematian akibat kecuaian.- Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan