Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Enam bangkai kapal perang hilang di Laut Jawa

10:27am 18/11/2016 Pak Roshan 7 views Global

laut

Jakarta: Kerajaan Indonesia enggan dipersalahkan atas kehilangan sekurang-kurangnya enam bangkai kapal perang Britain dan Belanda yang karam ketika Perang Dunia Kedua di Laut Jawa.

Lokasi bangkai kapal yang karam itu dianggap sebagai kubur perang dan penyiasat percaya ia dicuri pihak tertentu untuk dijual sebagai besi buruk.

Kerajaan Belanda melancarkan siasatan bagaimana tiga bangkai kapal tentera laut negara itu hilang dari dasar Laut Jawa manakala Britain mendesak Jakarta menyiasat kehilangan tiga bangkai kapalnya.

Kapal perang yang karam dalam Pertempuran Laut Jawa itu dialihkan oleh pihak yang mencari besi buruk untuk dijual.

Lebih 900 askar Belanda dan 250 askar Belanda-Indonesia terbunuh dalam pertempuran dengan tentera laut Jepun itu.

“Kerajaan Belanda tidak boleh menyalahkan Indonesia kerana mereka tidak pernah meminta kami melindungi kapal berkenaan.

“Tiada sebarang perjanjian atau pengisytiharan. Apabila kapal itu hilang ia bukan tanggungjawab kami,” kata Ketua Pusat Arkeologi Nasional di Kementerian Pendidikan dan Budaya, Bambang Budi Utomo.

Beberapa penyelam amatur menemui tiga bangkai kapal perang Belanda itu pada 2002, 60 tahun selepas ia karam ketika bertempur dengan tentera laut Jepun.

Satu ekspedisi antarabangsa yang pergi semula ke tapak bangkai kapal itu baru-baru ini sebagai persediaan menyambut ulang tahun ke-75 pertempuran berkenaan pada tahun depan terkejut apabila mendapati ia hilang. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan