Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Enakmen Lembaga Industri Getah dikuatkuasakan

Datuk Yahya Hussin
Datuk Yahya Hussin

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan,  Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin hari ini mengumumkan bahawa Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2014 serta Peraturan-Peraturan Lembaga Industri Getah (Pelesenan dan Permit) 2015 akan dikuatkuasakan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) sepenuhnya mulai daripada 2 Mei 2015.

Dibawah Enakmen Lembaga Industri Getah (Pindaan) 2014, seorang yang menjalankan aktiviti berkaitan getah perlu mendapatkan lesen berikut yang dikeluarkan oleh Panel Pelesenan dan Permit LIGS.

Sesiapa yang ingin  membeli, menyimpan, menjual, memproses atau membungkus atau mengeksport getah atau getah mentah harus mempunyai lesen.

Membeli dan menyimpan getah atau getah mentah bagi pembuatan produck getah harus mempunyai lesen seperti juga mereka yang membeli, menyimpan atau menjual atau mencambahkan, menumbuhkan, menanam atau memindah tanam bahan tanaman getah bagi tujuan komersial.

Tujuan Pelesenan adalah untuk memastikan pengeluaran dan penjualan bahan tanaman getah yang bermutu, mengawal selia pembelian getah daripada para pekebun kecil, penyimpan, pemprosesan dan pengeksportan getah dari Sabah.

Seseorang yang menjalankan aktiviti yang tersebut diatas tanpa lesen adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi tiga puluh ribu ringgit atau dipenjarakan untuk  tempoh yang tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya. Disamping itu, mana-mana getah atau getah mentah yang diperolehi tanpa lesen boleh ditahan dan dilucuthak.

Kementerian saya ingin menasihatkan sesiapa sahaja yang terlibat dalam aktiviti getah diatas untuk memohon lesen yang berkaitan daripada LIGS.  Borang-borang permohonan lesen boleh didapati daripada semua pejabat LIGS di daerah dan ibu pejabat LIGS di Aras 3, Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu.  Untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut sila berhubung terus dengan Urusetia Pelesenan dan Permit LIGS di talian  088-212311/210472.- Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan