Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,748

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Empat warga Indonesia dipenjara 12 bulan miliki penyu tanpa lesen

9:50am 19/11/2016 Pak Roshan 164 views Berita Pilihan,Jenayah,Mutakhir
BERSALAH ... Sariana (empat dari kanan) Masrin (lima dari kanan) Lahadi (empat dari kiri) La Ode Rahman (tiga dari kiri).

BERSALAH … Sariana (empat dari kanan) Masrin (lima dari kanan) Lahadi (empat dari kiri) La Ode Rahman (tiga dari kiri).

SANDAKAN: Akibat memiliki haiwan spesis penyu hijau tanpa lesen atau permit yang sah, empat lelaki warga Indonesia dipenjara 12 bulan dari tarikh ditangkap oleh Mahkamah Seksyen, di sini pada Khamis.

Keempat-empat mereka dijatuhkan hukuman itu selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu di kawasan berhampiran Konservasi Marin Pulau-Pulau Sugud (SIMCA) pada 11 Ogos tahun ini.

Hakim Ummu Kalthom Abd. Samad, menjatuhkan hukuman itu kepada, Sariana Launga, 39, Lahadi Lahasani, 48, La Ode Rahman, 21, Masrin Lalufi, 50.

Menurut fakta kes, kesemua mereka ditangkap oleh sepasukan Warden Kehormat Hidupan Liar (Reef Guardian) semasa melakukan rondaan di kawasan berkenaan pada tarikh yang sama (11 Ogos 2016).

Ketika pemeriksaan didapati seekor bangkai penyu spesis Green Turtle mati lemas di dalam pukat kapal berkenaan. Dengan itu, keempat-empat mereka didapati telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 41(1) Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997.

Hakim memerintahkan bangkai penyu itu dilupuskan dengan cara ditanam. Manakala, kapal nelayan jenis pukat tunda, pukat tunda dan alat GPS MMEC yang dirampas itu diserahkan semula kepada pemilik asal.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa, dari Jabatan Hidupan Liar, Abdul Karim bin Haji Dakog. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan