Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empat warga Filipina gagal masuk Malaysia

Bot pam yang digunakan empat pendatang warga Filipina yang cuba memasuki perairan Malaysia malam tadi.
Bot pam yang digunakan empat pendatang warga Filipina yang cuba memasuki perairan Malaysia malam tadi.

SEMPORNA: Cubaan empat warga Filipina, termasuk dua wanita menyeludup masuk secara haram ke negara ini gagal selepas mereka ditahan Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna di perairan Laut Samar sekitar jam 10.30 malam tadi.

Komander PPM Sabah, ACP Mohamad Madun berkata, keempat-empat warga asing tersebut yang menaiki sebuah bot pam ditahan sepasukan anggota PPM yang sedang dalam tugas khas di kawasan berkenaan.

“Kesemua mereka berusia di antara 18 dan 40 tahun ditahan lanjut selepas gagal menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri semasa pemeriksaan dijalankan ke atas mereka.

“Juragan bot itu pula mengakui mereka masuk ke perairan Malaysia daripada Sitangkai Filipina tanpa sebarang dokumen,” katanya lagi.

Tambahnya, tahanan terbabit dibawa ke jeti PPM Semporna untuk tindakan dan siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63.-Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan