Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Empat Wanita Umno Sabah tanding pemilihan sayap 23 Jun ini

KOTA KINABALU: Pergerakan Wanita UMNO Sabah meletakkan empat (4) calon pada pemilihan sayap parti itu 23 Jun ini.

Naib Ketua Wanita UMNO Sabah, Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata perkara ini telah dinyatakan oleh tiga calon Wanita UMNO dan terdahulu Ketua Pegerakan Wanita UMNO Sabah Datuk Azizah Mohd Dun yang juga Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia telah menawarkan diri untuk bertanding Ketua Wanita UMNO Malaysia.

Beliau berkata tiga calon Ketua Wanita UMNO bahagian yang menawarkan diri adalah Ketua Wanita UMNO Silam, Mizma Appehdullah akan bertanding Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia bersama Ketua Wanita UMNO Sepanggar Datuk Jainab Ahmad dan Ketua Wanita UMNO Kota Kinabalu, Datuk Rosimah Zakaria bertanding jawatan Timbalan Pengerusi Tetap Wanita UMNO Malaysia.

“Saya (Datuk Jainab) akan mempertahankan jawatan Exco Wanita. Wanita UMNO Sabah turut berterima kasih kepada Ketua Wanita UMNO Malaysia, Tan Sri Sharizat Abdul Jalil di atas pelantikan Naib Ketua Wanita UMNO Malaysia sebagai Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Azizah Mohd Dun.

“Kita percaya Datuk Azizah dan Ketua-ketua Wanita UMNO bahagian seluruh Sabah akan bangkit bersama-sama dan percaya parti ini boleh bangkit semula dengan menyemaikan kembali semangat demi Agama, Bangsa dan Tanah Air. Saya juga menyeru semua ahli Wanita UMNO Sabah terutama di peringkat akar umbi untuk mengekalkan semangat perjuangan dan setiakawan dalam parti keramat UMNO ini.,”katanya.

Beliau berkata demikian semasa mempengerusikan Mesyuarat Wanita UMNO Sabah dan majlis berbuka puasa di Sabah Orinetal Hotel Kota Kinabalu semalam.

Yang hadir sama Penolong Setiausaha Wanita UMNO Sabah, Juriah Palasin (Putatan), Bendahari, Suraya Ibrahim (Kimanis), Ketua Penerangan, Aminah Johan (Kinabatangan), Datuk Rosmah Zakaria (Kota Kinabalu), Noraini Idris (Penampang), Jamaliah Antalip (Tuaran), Datuk Eyung Latut (Kota Belud), Datuk Redonah Bahanda (Kota Marudu), Datuk Aminah Ambrose (Kudat), Datuk Amisah Yassin (Ranau), Datin Seri Dayangku Ainun Pg. Bagul (Papar), Siti Aminah Aching (Beaufort), Datuk Surinam Sadikun (Sipitang), Rahimah Arash (Batu Sapi), Chaya Sulaiman (Kalabakan), Latifah Hindi (Semporna) dan Mizma Appehdullah (Silam).

Pada 22 Mei lalu, Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan pemilihan parti peringkat cawangan diadakan 19 Mei hingga 10 Jun, diikuti pemilihan ketua sayap (23 Jun) dan pemilihan Majlis Tertinggi UMNO (30 Jun)./SayangSabah

Sedia berkhidmat….Jainab bersama Ketua-ketua Wanita UMNO bahagian selepas mempengerusikan Mesyuarat Wanita UMNO Sabah dan majlis berbuka puasa di Sabah Oriental Hotel Kota Kinabalu semalam.

Komen


Berita Berkaitan